Sunday, October 11, 2009

Masih Berjalan (Crying..)

Semalam, genaplah usia 2 bulan hubungan kami. Dia telah datang menemuiku dan kami menghabiskan masa bersama sepanjang hujung minggu. Awak, thanks for coming. Namun, hujung minggu tersebut sedikit sebanyak membuatkan kami memikirkan hala tuju sebenar hubungan kami.
Bila merenung kembali, hubungan kami masih muda dan tidak matang. Aku akur dengan kenyataan ini. Perjalanan kedua-dua kami masih panjang dan banyak perkara perlu kami belajar dalam hidup ini. Bila si dia mengatakan untuk memberi nya ruang.. aku terima dengan terbuka, walaupun hatiku sebenarnya ini hancur luluh, kosong. Maka datanglah kesunyian, kesedihan di dalam diri. What i'm going to do with my life??
Selama ini, si dialah tempat ku mengadu, meluahkan rasa, bermanja, dan bertanyakan pendapat, walaupun kadang2 kita sudah tahu "solution" yang sebenar. Walaupun jauh, aku dapat merasakan dia dekat padaku. Itu sudah cukup bagiku, dengan kehadiran insan yuang mengambil berat dan menyayangi diriku. Aku sangat si dia dan dia sangat istimewa kepadaku. Kepada si dia, aku mendoakan kesejahteraan mu, agar kamu sentiasa dirahmati. Aku cintakan kamu dan menantimu di sini...
Dengan kekosongan ini, aku tiba-tiba teringatkan blogku ini. Si dia jugalah yang menasihatiku untuk menulis di dalam blog. Dengan blog ini dapat juga aku meluahkan rasa, berkongsi di kala sunyi. Harap si dia membacanya.
Kepada si dia, aku berharap dengan ruang yang di beri ini kita dapat menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Ya, terus terang aku katakan diriku ini seperti layang-layang yang terputus tali, atau seorang musafir yang terpaksa meneruskan perjalanan bersendirian. Tetapi, demi kasih sayang yang kamu bagi ini dan masa depan kita, aku akan menjadi tabah. Ada satu masa diri kita dikelilingi orang, ada kala kita bersendirian. Dalam bersindirian ini, aku harap dapat menggunakan masa sepenuhnya bermuhasabah dan melapangkan dadaku kepadaNya.
Menanti dalam resah, menanti satu jawapan, menantikan semula kegembiraan dan kebahagiaan... Aku berharap jiwaku menjadi tenang selepas menulis. Salam ikhlas..

1 comment: